Total Pageviews

Friday 20 December 2013

Jika Rindu

Jika rindukan seseorang,
Bacalah surah al-Fatihah,kemudian kirimkanlah salam rindu kepada sesiapa yang kita rindukan.InsyaAllah akan sampai rasa rindu itu kepada insan yang kita rindukan.


Tetapkan iman dan hati.Yakin pada diri bahawa Allah telah menetapkan segalanya buat kita.Apa yang perlu , DOA.

Monday 21 October 2013

Oreo Ice Cream







Bahan-bahannya :

setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
1 1/2 gelas susu cair(ducthlady kotak pun boleh.iikut kecairan/kepekatan yang dikehendaki) 1 sudu ovalette (boleh didapati di kedai kek) sedikit esen vanilla

Blend kesemua bahan di atas.Setelah itu, Gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah telah dihancurkan. Kemudian,
masukkan ke dalam peti ais (freezer)


Selamat Mencuba! :D

Friday 21 June 2013

SAHABAT

Assalamualaikum ..

Unifield International College



Pertama sekali , sya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi menjadi kawan , rakan dan sahabat kepada sya :)

SELAMAT HARI SAHABAT !

Terima kasih kepada Aiman sebab hantar mesej Hari Sahabat :) Terima kasih atas kata-kata nasihat dan motivasi yang diberikan .. Semoga hubungan persahabatan sedekad lamanya ini kekal hingga ke Syurga . Fatin Mazlan , terima kasih sebab call sya , jaga diri ya sahabat :) Aina , maaf jika sya terlambat balas mesej Aina .. Atrah , terima kasih sebab selalu mesej bertanyakan khabar sya :) Semoga berjaya di sana ya !  Azizul , terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan daripada sekolah sehinggalah sekarang . Semoga kita sama-sama berjaya di UTM . Ameen ..

Kepada yang lain-lain , sya sayang semua kawan-kawan sya . Kepada rakan-rakan DDPW , salam perkenalan :) Seronok rasanya dapat kenal kalian ..

Kepada rakan bilik saya , Nadia .. Seronok dapat rakan sebilik macam awak :) Terima kasih sebab saling kejut-mengejutkan antara satu sama lain ..

Kyra dan Zati , seronok lihat gelagat awak berdua . hehe  .. Terima kasih sebab ketuk pintu dan ajak keluar makan bersama :) Terima kasih kerana menjadi perunding imej . haha
Kepada rakan-rakan di sekolah rendah , sekolah agama , sekolah menengah , UIC dan UTM .. Semoga hubungan persahabatan yang telah kita semai ini akan kekal utuh ..

"Ya Allah , aku bermohon pada-Mu .. Aku bermohon supaya kau tempatkanlah rakan-rakanku yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia di Syurga-Mu yang tertinggi.Kau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat .. Ameen ."

Thursday 16 May 2013

Awak Sahabat Saya Dunia dan Akhirat


Assalamualaikum semua . 
Apa khabar ? 
Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat dengan izin-Nya.

Seperti yang umum ketahui . Sya telah menamatkan pengajian CFP di Unifield International College . Maka kini , Sya hanyalah mantan mahasiswi UIC .

Sedih rasanya untuk meninggalkan tempat ini . Penuh dengan segala kenangan suka dan duka . Ketawa dan titisan air mata . Fatin , Aina , Atrah : Terima kasih sebab selalu ada dengan saya . Terima kasih sebab sudi lap kan air mata saya ketika saya menangis .. Awak , kita rindu nak gegar katil housemates kita :D Rindu nak rebut bilik air . Rindu nak tekan loceng rumah tu . Selagi loceng tu tak rosak , selagi tu kita tekan . Hehe .. Fatin , terima kasih sebab teman kita pergi ke kelas . Bagi sokongan dekat kita untuk final exam hari tu . Masak bubur Mcd <3
Aina , terima kasih untuk cincin tu . Terima kasih bawa kita balik Kuantan :) Kalau tak , tak jejaklah kaki kita dekat stadium sana :')
Atrah , jaga diri ya . Jaga abang :) Jaga Aina .. 
ASFA : Tolong jaga diri masing-masing . Doktor dah jauh .. Kalau ada apa-apa,call atau sms kita :) InsyaAllah YB tak sibuk . ehe . Jangan tinggal solat . Selepas solat , doakanlah kita :) Awak semua dah besar kan ? Jangan nakal-nakal . Kalau nakal , kita cubit pipi awak ! Makan tau . Jangan skip makan ..
Maaf kalau Sya ada buat awak semua terasa hati atau marah dan tak puas hati . Awak kawan terbaik !


Hery , Am , Boy , Debab , Akmal , Acap , Apang , Naz , Fikri and Hassan :)
Terima kasih sebab sudi jadi kawan Sya . Lepas ni , dah tak ada dah masak memasak , asam keping dan sebagainya :') Awak semua , jaga diri ya . Kalau ada apa-apa , beritahu Sya . Sya nak minta maaf kalau Sya ada buat sesiapa yang terasa hati atau sakit hati . Kita semua sahabat kan ? Nanti ada masa , kita berkumpul ramai-ramai lagi :) Jangan tinggal solat ! Itu penting ya ! Nak suruh Sya call Subuh Subuh ?

Housemates ! Jannah, Zura , Kyra dan Fiefy .. I love you :) Lepas ni kita rindu nak kacau awak semua tengah call . Hehe .. Kyra , maaf tau kita selalu kacau awak bila awak tengah call malam-malam :) Kita rindu nak dengar suara awak semua . Rindu nak bising malam-malam .. Hmmm .. Sya nak minta maaf kalau kita ada buat awak semua marah sejak kehadiran kita dalam rumah tu .. Maklumlah , kami ASFA selalu buat bising :) Maaf kalau kita ada masak nasi atau air tak sedap .. Maaf kalau kita tak ikut jadual bertugas tu .. Ada apa-apa , wechat atau call atau sms kita tau ! Kahwin jangan lupa jemput . hehe . Jangan tinggal solat . Belajar betul-betul .

Abang Mu'adz , terima kasih sebab tolong adik bila adik perlukan bantuan . Drive kereta bawa kami ASFA ke Tampin untuk membeli barang . Tolong adik lintas jalan , belanja ice-cream , belanja makan :) Terima kasih sebab selalu bagi nasihat dekat adik . Adik sentiasa ingat pesan abang :) Abang , jangan tinggal solat . Jangan cepat putus asa . Belajar selagi abang masih bernyawa . Pedulikan orang lain :) Adik nak minta maaf kalau adik ada buat salah dengan abang .. Thanks for everything :)

Syukri , Sya seronok dapat kenal Syuk a.k.a Kiki :) Awak , jaga Fatin ya . Dia tu sayang saya :) Awak jangan terlalu layan perasaan awak tu . Jaga diri . Jangan tinggal solat . Kalau ada apa-apa , beritahu dekat Sya . Jangan pendam sendiri , nanti makan diri . Maaf kalau Sya ada buat salah ..

Nabil , Ezzat , Achap : Terima kasih sebab tolong kami ASFA angkat barang dari Tower 3 ke Tower 2 . Banyak kan barang ? Hehehe .. Pengalaman hari tu dan jasa baik anda semua serta abang tak akan Sya lupakan sampai bila-bila :) Terima kasih kerana sudi membantu . Semoga berjaya untuk masa akan datang ya ! :) Maafkan Sya kalau Sya ada tersilap kata atau buat kesalahan .. Nabil , kenangan masa Nabil nak tercampak keluar dari kereta dekat Tampin hari tu tak akan Sya lupakan .. Itulah kenangan paling bahaya yang pernah Sya dapat . Haha

Aiman , aku rindu nak dengar cara kau gelak . Apa kau kata ? "Kelas kau Jah .." haha Jangan tinggal solat ya . Apa-apa hubungi aku . Aku sedih ni , sebab gambar masa Malam Ikatan Kasih tu dah hilang :/

Geng Orentasi , Hanis , Faris , Farid , Fiefy , Jannah , Ayai , Mirul dan lain-lain : Terima kasih sebab jadi kawan Sya :) Seronok sangat dapat satu kumpulan dengan awak semua :) Maafkan Sya kalau Sya ada buat salah sepanjang kita semua berkenalan .. Awak semua jangan lupakan Sya ya ..

Kepada semua kawan-kawan CFP Group 2 ,
Terima kasih kerana selalu memeriahkan kelas ! hehe . Maaf ya kalau Sya ada buat salah dan silap . Add Sya dekat FB ya . Nanti boleh lah kita semua selalu berhubung . Jangan lupa Sya tau .. Semoga berjaya pada masa akan datang . Dah berjaya , jangan lupakan Sya T__T

Kepada semua yang Sya tak sebut , bukan Sya tak nak sebut .. Tapi , kalian semua adalah sahabat Sya ! Jangan tinggal solat , jaga diri , belajar elok-elok . Kahwin nanti jangan lupa jemput ! Ingatlah Sya dalam doa kalian :')

Sekian.
Assalamualaikum.

Tuesday 22 January 2013

Resepi : Teh Kunyit

Assalamualaikum ,


Bahan-bahan :
  • 4 cawan air
  • 1 sudu makan serbuk halia
  • 1 sudu makan kunyit
  • Madu atau lemon
Cara-cara :
  1. Didihkan air dalam periuk
  2. Masukkan kunyit dan serbuk halia
  3. Reneh selama 10 minit
  4. Tapis dan tambah madu atau hirisan lemon 


Resepi : Puree Lobak Merah

Assalamualaikum,
Sumber Gambar : Google

Bahan :
  • 350 g lobak merah (dikupas dan dipotong dadu)


Cara-cara :
  1. Rebus lobak merah selama 15- 20 minit atau sehingga lembut
  2. Kisar sehingga halus
  3. Tambah sedikit air atau susu

Khasiat lobak merah :
  • Baik untuk gigi
  • Atasi keletihan
  • Mencerahkan mata 
  • Mencerdaskan akal
  • Mencegah serangan barah (cancer)
  • Menguatkan ingatan
Wassalam.

Tips Mudah Mengingat (kuat ingatan)

Sumber Gambar : Google

Assalamualaikum ,

  • Jangan makan kepala ikan
Pepatah Cina ada mengatakan , "ikan mula busuk dari kepalanya"
  • Jangan memakan makanan atau meminum minuman yang telah dimasuki serangga.
  • Jangan makan organ dalaman ikan/ayam/kambing atau lain-lain seperti hati , jantung,limpa,perut,telur dan lain-lain lagi.
  • Elakkan diri daripada meminum ketika makan
Minum 1 jam sebelum atau selepas makan
  • Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Makan awal 
Contoh : Makan sebelum Maghrib
#Waktu belajar memerlukan 2 jam selepas makan
  • Jangan makan ketika hendak belajar
  • Jangan makan epal masam
  • Jangan selalu membaca tulisan di atas  batu nisan di tanah perkuburan
Wirid kuat ingatan

Baca selepas solat fardhu

Wirid elak lupa

Baca selepas solat Subuh

Semoga bermanfaat . Wassalam .

Wednesday 16 January 2013

Tips agar doa dimakbulkan

sumber gambar : Google

Assalamualaikum ,
  1. Berdoa dalam keadaan berwuduk
  2. Menghadap ke arah kiblat
  3. Mengangkat kedua-dua belah tangan
  4. Rapatkan kesemua jari kecuali ibu jari
  5. Mulakan dengan memuji kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  6. Bertaubat sebelum berdoa
  7. Menyebut nama-nama Allah
  8. Berdoa dengan hati yang ikhlas 
  9. Berdoa dengan khusyuk , merendah diri , tawaduk dan suara yang rendah
  10. Berdoa dalam keadaan senang atau susah
  11. Jangan berdoa sesuatu yang buruk terhadap diri kita mahupun orang lain
  12. Hindari diri daripada berdoa di tempat maksiat
  13. Mendoakan diri kita terlebih dahulu sebelum mendoakan orang lain
  14. Setelah berdoa , sapu muka dengan kedua belah tangan
  15. Akhiri doa dengan memuji kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  16. Mengaminkan doa yang dibaca
  17. Yakin bahawa doa anda akan dimakbulkan