Total Pageviews

Thursday 16 May 2013

Awak Sahabat Saya Dunia dan Akhirat


Assalamualaikum semua . 
Apa khabar ? 
Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat dengan izin-Nya.

Seperti yang umum ketahui . Sya telah menamatkan pengajian CFP di Unifield International College . Maka kini , Sya hanyalah mantan mahasiswi UIC .

Sedih rasanya untuk meninggalkan tempat ini . Penuh dengan segala kenangan suka dan duka . Ketawa dan titisan air mata . Fatin , Aina , Atrah : Terima kasih sebab selalu ada dengan saya . Terima kasih sebab sudi lap kan air mata saya ketika saya menangis .. Awak , kita rindu nak gegar katil housemates kita :D Rindu nak rebut bilik air . Rindu nak tekan loceng rumah tu . Selagi loceng tu tak rosak , selagi tu kita tekan . Hehe .. Fatin , terima kasih sebab teman kita pergi ke kelas . Bagi sokongan dekat kita untuk final exam hari tu . Masak bubur Mcd <3
Aina , terima kasih untuk cincin tu . Terima kasih bawa kita balik Kuantan :) Kalau tak , tak jejaklah kaki kita dekat stadium sana :')
Atrah , jaga diri ya . Jaga abang :) Jaga Aina .. 
ASFA : Tolong jaga diri masing-masing . Doktor dah jauh .. Kalau ada apa-apa,call atau sms kita :) InsyaAllah YB tak sibuk . ehe . Jangan tinggal solat . Selepas solat , doakanlah kita :) Awak semua dah besar kan ? Jangan nakal-nakal . Kalau nakal , kita cubit pipi awak ! Makan tau . Jangan skip makan ..
Maaf kalau Sya ada buat awak semua terasa hati atau marah dan tak puas hati . Awak kawan terbaik !


Hery , Am , Boy , Debab , Akmal , Acap , Apang , Naz , Fikri and Hassan :)
Terima kasih sebab sudi jadi kawan Sya . Lepas ni , dah tak ada dah masak memasak , asam keping dan sebagainya :') Awak semua , jaga diri ya . Kalau ada apa-apa , beritahu Sya . Sya nak minta maaf kalau Sya ada buat sesiapa yang terasa hati atau sakit hati . Kita semua sahabat kan ? Nanti ada masa , kita berkumpul ramai-ramai lagi :) Jangan tinggal solat ! Itu penting ya ! Nak suruh Sya call Subuh Subuh ?

Housemates ! Jannah, Zura , Kyra dan Fiefy .. I love you :) Lepas ni kita rindu nak kacau awak semua tengah call . Hehe .. Kyra , maaf tau kita selalu kacau awak bila awak tengah call malam-malam :) Kita rindu nak dengar suara awak semua . Rindu nak bising malam-malam .. Hmmm .. Sya nak minta maaf kalau kita ada buat awak semua marah sejak kehadiran kita dalam rumah tu .. Maklumlah , kami ASFA selalu buat bising :) Maaf kalau kita ada masak nasi atau air tak sedap .. Maaf kalau kita tak ikut jadual bertugas tu .. Ada apa-apa , wechat atau call atau sms kita tau ! Kahwin jangan lupa jemput . hehe . Jangan tinggal solat . Belajar betul-betul .

Abang Mu'adz , terima kasih sebab tolong adik bila adik perlukan bantuan . Drive kereta bawa kami ASFA ke Tampin untuk membeli barang . Tolong adik lintas jalan , belanja ice-cream , belanja makan :) Terima kasih sebab selalu bagi nasihat dekat adik . Adik sentiasa ingat pesan abang :) Abang , jangan tinggal solat . Jangan cepat putus asa . Belajar selagi abang masih bernyawa . Pedulikan orang lain :) Adik nak minta maaf kalau adik ada buat salah dengan abang .. Thanks for everything :)

Syukri , Sya seronok dapat kenal Syuk a.k.a Kiki :) Awak , jaga Fatin ya . Dia tu sayang saya :) Awak jangan terlalu layan perasaan awak tu . Jaga diri . Jangan tinggal solat . Kalau ada apa-apa , beritahu dekat Sya . Jangan pendam sendiri , nanti makan diri . Maaf kalau Sya ada buat salah ..

Nabil , Ezzat , Achap : Terima kasih sebab tolong kami ASFA angkat barang dari Tower 3 ke Tower 2 . Banyak kan barang ? Hehehe .. Pengalaman hari tu dan jasa baik anda semua serta abang tak akan Sya lupakan sampai bila-bila :) Terima kasih kerana sudi membantu . Semoga berjaya untuk masa akan datang ya ! :) Maafkan Sya kalau Sya ada tersilap kata atau buat kesalahan .. Nabil , kenangan masa Nabil nak tercampak keluar dari kereta dekat Tampin hari tu tak akan Sya lupakan .. Itulah kenangan paling bahaya yang pernah Sya dapat . Haha

Aiman , aku rindu nak dengar cara kau gelak . Apa kau kata ? "Kelas kau Jah .." haha Jangan tinggal solat ya . Apa-apa hubungi aku . Aku sedih ni , sebab gambar masa Malam Ikatan Kasih tu dah hilang :/

Geng Orentasi , Hanis , Faris , Farid , Fiefy , Jannah , Ayai , Mirul dan lain-lain : Terima kasih sebab jadi kawan Sya :) Seronok sangat dapat satu kumpulan dengan awak semua :) Maafkan Sya kalau Sya ada buat salah sepanjang kita semua berkenalan .. Awak semua jangan lupakan Sya ya ..

Kepada semua kawan-kawan CFP Group 2 ,
Terima kasih kerana selalu memeriahkan kelas ! hehe . Maaf ya kalau Sya ada buat salah dan silap . Add Sya dekat FB ya . Nanti boleh lah kita semua selalu berhubung . Jangan lupa Sya tau .. Semoga berjaya pada masa akan datang . Dah berjaya , jangan lupakan Sya T__T

Kepada semua yang Sya tak sebut , bukan Sya tak nak sebut .. Tapi , kalian semua adalah sahabat Sya ! Jangan tinggal solat , jaga diri , belajar elok-elok . Kahwin nanti jangan lupa jemput ! Ingatlah Sya dalam doa kalian :')

Sekian.
Assalamualaikum.